A place to breathe

Friday, April 3, 2009

Tika

Tika
Kau seberangi tujuh lautan
Mengejar impian yang maya
Saban hari resah gelisah
Menghitung wang, menghitung harta
Resah dek nafsu yang tiada penyudahnya

Tika
Laungan azan sayup kedengaran
Kau dirikan solat, kau tunaikan zakat
Kaulah yang berdiri megah melaungkan lafaz jihad
Kau sendiri yang menyatakan
Kesungguhanmu untuk bersatu menentang seteru
Kau sendiri yang menyatakan
Bahawa hidup matimu hanyalah untuk-Nya yang Satu

Tetapi tika itu
Dalam sedar, dalam diam
Kaulah yang menjadi seteru
Berselindung di balik jubah dosa
Gelak tawamu sayup kedengaran di balik tabir
Di saat rakan seperjuanganmu melafazkan lafaz Takbir


Tika itu
Kau sendiri harus tahu
Betapa teraniayanya seluruh kalbu
Yang telah kau tipu
Demi mengejar duniamu
Yang realitinya
Tiada ertinya

--syamsulhasran

2 comments:

jiinjoo said...

apa/siapa tu tika?

syamsulhasran said...

Tika adalah singkatan untuk "Ketika",
sama seperti "sewaktu", atau dalam perbualan seharian, "semasa".

About Me

I'm currently a software engineer. My specific interest is games and networking. I'm running software company called Nusantara Software.