Negara Malaysia mendapat Perdana Menteri Baru - Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tetapi apa maksudnya?
Maksudnya adalah harapan baru. Adakah saya menaruh harapan yang tinggi?
Sebenarnya, harapan rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia sendiri, bukan sekadar PM, Ahli Parlimen tertentu, atau ADUN.
Saya berharap agar semua rakyat Malaysia bersama-sama menggembleng tenaga untuk memajukan negara tercinta ini
Kita harus bersikap rasional dalam menilai segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan - Persekutuan mahupun Negeri.
Kita harus menilai segala tingkah-laku kerajaan dari segi perlaksanaan harapan rakyat - bukan di kaca mata politik semata-mata.
Politik itu penting - tetapi kemajuan dan keamanan melalui muafakat rakyat lebih penting.
Mengapa kita perlu berpolitik ala-machiavelli seperti segelintir ahli politik kita?
Kita tidak perlu "Realpolitik". Kita tidak perlu rebut kuasa semata-mata mahu kuasa dan kekayaan melalui parti politik. Parti politik adalah wadah perjuangan, bukan jalan singkat untuk jadi kaya-raya untuk bina istana mahligai.
Apa yang kita perlukan adalah kemajuan dan keamanan melalui muafakat.
Kita telah buang banyak masa berpolitik. Sekarang adalah masa untuk bersikap positif dan berkerjasama dengan semua pihak - tidak kira dari fahaman politik apa sekalipun.
A place to breathe
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- syamsulhasran
- I'm currently a software engineer. My specific interest is games and networking. I'm running software company called Nusantara Software.
No comments:
Post a Comment