Pabila unggas sudah tidak berkicau
Tiada lagi yang terbang tinggi
Keluar mencari rezeki
Ku tahu sesuatu
Yang mengganggu mereka
Kulihat segenap pohon ditebang
Setiap bukit ditarah rata
Setiap isi bumi
Membuak-buak deras mengalir keluar
Dek kerakusan manusia
Dan apa natijahnya?
Adakah darjat kita lebih tinggi?
Adakah kemewahan ini memberi seribu erti?
Adakah kita lebih mulia daripada sebelumnya?
Pabila harta sudah tiada
Pabila wang ringgit bukan jawapan
Pabila kemewahan menjadi rebutan
Ketahuilah bahawa
Segenap alam ini sedang menangis
Melihat tingkah laku manusia
Mengikut nafsu
Yang tiada penghujungnya
No comments:
Post a Comment