Disambut sepi
Menyendiri
Jadilah kau seperti mentari
Yang menyinari pagi
Melewati segenap insani
Hadir memberi seribu erti
Jikalau hari yang tiba
Disambut dengan gelak tawa
Bersama
Jadilah kau seperti rembulan
Yang ditemani bintang-bintang
Mengambang penuh girang
Menyinari gelap malam
Jikalau hari yang tiba
Penuh hiba
Jadilah kau seperti senja
Yang menghiasi dada awan
Dengan warna merah jingga
Menyeru segenap alam
Agar pulang sebelum malam tiba
Jikalau hari itu kau tidak menentu
Ke arah mana yang kau tuju
Jadikanlah ia pedoman
Moga pada masa hadapan
Ianya tidak lagi berulang
Kerana setiap hari itu
Kau harus tetap maju
Walau seribu liku
Menantimu
No comments:
Post a Comment