A place to breathe
Tuesday, October 7, 2008
Kartini
Hari raya ini, aku banyak habiskan masa mengemas bilik "setor" untuk dijadikan tempat persinggahan ketika pulang ke kampung. Maklumlah, setiap kali pulang ke kampung, aku akan menumpang di bilik adik aku yang kecil ni. Walaupun ada bilik besar untuk satu family duduk, aku lebih selesa dengan "setting" bilik adik aku. Terasa bujang kalau lepak kat situ. Buat masa ni la. Kalau dah ada family, aku rasa bilik besar lagi bagus.
Sedang aku asyik menyelak barang2 yang hampir luput dalam kenangan kami sekeluarga, aku terjumpa sebuah komik "Kartini" karya saudara Tembakau . Tak sangka pula komik ni masih wujud dalam simpanan di balik buku2 lamaku yang semerbak harum baunya.
Aku berjaya meng"import" kembali komik Kartini ke Penang. Semalam aku telah menghabiskan separuh daripada cerita komik tu sebelum tidur. Aku sengaja tak habiskan komik tu semalam, sebab nak layan lagi hari ni. Saja nak rasa saspens sebab aku dah ingat-ingat lupa apa kesudahannya.
Hari ni, aku cari dalam Google kalau2 ada sambungan komik ini, dan ura-ura menyatakan bahawa Tembakau dah keluarkan "Kartini kembali". Yes. Bagus. Aku akan dapatkannya di pasaran serta-merta.
Aku rasa kena banyak lagi cerita2 begini untuk dijadikan iktibar pada generasi muda akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- syamsulhasran
- I'm currently a software engineer. My specific interest is games and networking. I'm running software company called Nusantara Software.
No comments:
Post a Comment