A place to breathe

Tuesday, March 14, 2023

SVB Bank - Kisah Teladan untuk kita

Silicon Valley Bank "Bank Run" 

Silicon Valley Bank adalah sebuah bank di Amerika Syarikat. Tujuan bank ini diwujudkan adalah untuk membantu syarikat syarikat baru atau "startup" dalam menjalankan operasi mereka. 

"Bank Run" adalah satu fenomena yang terjadi apabila semua pendeposit cuba mengeluarkan wang, dan bank tidak ada wang untuk diberi kepada pendeposit.  

Mengapa jadi begitu? Ya.. bank sebenarnya tidak menyimpan kesemua wang anda di dalam peti besi mereka. Mereka memberi pinjam wang yang anda depositkan kepada orang lain untuk menjana pendapatan mereka dalam bentuk "interest". 

Mengapa Startup perlu di bantu? 

Ini kerana Startup adalah kompeni yang menjalankan operasi yang risiko amat tinggi dengan nilai pulangan yang amat tinggi. Ramai startup yang gulung tikar, tetapi, ada sesekali startup yang berjaya akan menjadi gergasi teknologi seperti Apple, Google dan Microsoft. Semua mereka adalah startup satu ketika dahulu. 

Apa yang terjadi dengan Silicon Valley Bank? 

Silicon Valley Bank menyimpan majoriti asset mereka dalam bentuk "Bond" (US Treasury Bond). Tetapi, oleh kerana US Federal Reserve menaikkan kadar faedah yang mendadak untuk menentang inflasi, Silicon Valley Bank mengalami kerugian... perkara ini kedengaran amat kompleks - ini kerana, sistem kewangan sekarang yang kompleks. Tetapi, apa yang terjadi adalah, Silicon Valley Bank mengalami kerugian dalam pelaburan mereka dalam pasaran bon, dan mereka cuba mendapatkan modal daripada pelabur. Mereka yang sedar akan situasi ini cuba mengeluarkan duit daripada SVB dan SVB mengalami "bank run". 

Adakah SVB salah? 

Perhitungan mereka dalam pasaran bon adalah kurang tepat. Mereka sepatutnya tidak merisikokan aset mereka yang besar (45%) dalam satu portfolio sahaja.Namun begitu, secara tradisi, Bon adalah satu instrumen yang amat selamat. Tidak hairanlah mengapa mereka secara selesa meletakkan banyak aset dalam pasaran Bon.

Pengajaran

Apa yang boleh kita pelajari adalah, duit kita tak semestinya selamat walaupun dalam bank... jadi, pilihlah bank yang stabil dan kukuh untuk menyimpan duit anda..


Rujukan: 

https://www.npr.org/2023/03/10/1162599556/silicon-valley-bank-collapse-failure-fdic-regulators-run-on-bank




About Me

I'm currently a software engineer. My specific interest is games and networking. I'm running software company called Nusantara Software.